Antarabangsa Bola Sepak

Nak keluar boleh tapi bayarlah klausa ! : Mestre


FB_IMG_1598919147800

BEKAS wakil Presiden Barcelona, Jordi Mestre, turut melontarkan isu berkaitan masalah Lionel Messi dengan Blaugrana.

Messi ingin keluar dari Barca dengan mengaktifkan klausa khusus dalam kontraknya.

Klausul khusus itu membenarkan dia boleh menamatkan kontrak di Barcelona setiap akhir musim pertandingan dengan memberitahu pihak kelab terlebih dulu.

“Saya tidak tahu Messi boleh dilepaskan tanpa membayar klausanya.

“Tidak ada gunanya menandatangani kontrak dengan pemain dan melepaskannya ketika dia ingin berhijrah.

“Kontrak harus dihormati dan ditandatangani kedua-dua belah pihak,” kata wakil Presiden Barcelona era 2015-2019 itu kepada RAC1, yang dipetik dari Mundo Deportivo.

Mestre memberi contoh bekas pemain Barca, Neymar yang dibeli Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017 lepas.

“Semuanya terjadi pada tarikh 10 Jun (2020).

“Apa yang mereka katakan kepada saya bahawa ada klausa bernilai 700 juta euro dan jika Messi ingin pergi, klausa harus dibayar,” tuturnya.

“Kelab sangat jelas dengan perkara itu. Seperti perpindahan Neymar, PSG membayar klausanya,” tegas Mestre.

Screenshot_20200901_081420

Tambah Mestre lagi, Messi berhak pergi, tetapi harus menghormati peraturannya.

“Messi berhak pergi. Namun, dia harus mematuhi langkahnya, tarikhnya, seperti yang dilakukan Xavi (Hernandez) dan (Andres) Iniesta.

“Kekalahan 2-8 (kepada Bayern Munich) telah menyakiti semua orang, tetapi ini bukan keputusan satu hari,” katanya lagi.

Khabar terbaru, Messi tidak hadir dalam sesi latihan Barca yang diadakan pada Isnin di bawah asuhan pengurus Ronald Koeman.

Kelibat Messi juga tidak kelihatan semasa pasukannya mengadakan ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) Covid-19 sehari sebelum itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading