Bola Sepak Terkini

Bukan mudah buat kami


 

PENGENDALI Lang Merah, Aidil Sharin Sahak mengakui masalah gaji yang membelenggu pasukan itu bukanlah satu perkara yang mudah namun dia bersyukur dikelilingi pemain dan barisan kejurulatihan yang sentiasa komited.

Ujarnya, dia bersyukur memiliki barisan pemain yang komited menggalas tanggungjawab kerana bukan mudah berada dalam situasi tidak menerima gaji selama lima bulan.

“Moral pemain, sikap dan komitmen mereka menyatukan semua. Banyak pejuang dan pembantu dalam pasukan ini yang membolehkan kita mengharungi situasi sebegini. Ini dibuktikan apabila kita berjaya mengutip tiga mata.

“Kita beri sokongan kepada pengurusan untuk selesaikan masalah ini dan saya yakin moral pemain akan lebih bertambah baik.

“Sangat penting untuk ada pemain senior dan kapten yang baik. Jadi saya bertuah ada semua ini jadi saya harap ia tidak berhenti setakat ini dan diteruskan dalam baki perlawanan musim ini,” katanya.

Pada perlawanan menentang PDRM di Stadium KLFA, Cheras, Lang Merah tidak berdepan masalah apabila menang 2-0 hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre .

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading