Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool mungkin jumpa Leeds tanpa dua tonggak


IMG_20200831_144447

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp belum pasti adakah dua pemain tonggaknya, Jordan Henderson dan Joel Matip, boleh bermain pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020-2021.

Kedua-dua pemain itu langsung tidak disenaraikan ketika perlawanan Perisai Komuniti dengan Arsenal di Wembley, kelmarin.

Ini kerana, mereka masih menjalani tempoh pemulihan akibat kecederaan; Hendo cedera lutut, manakala Matip pada bahagian kakinya.

“Kami perlu melihat keadaan dia (Henderson) boleh berlatih,” kata Klopp, yang dipetik dari laman portal rasmi Liverpool FC.

Namun, pengurus asal Jerman itu yakin keduanya akan turun berlatih pada minggu depan.

“Saya fikir Matip dan Hendo akan menjadi sebahagian daripada latihan pasukan minggu depan dan kami akan lihat.

“Tentu saja, semakin lama mereka boleh berlatih itu lebih baik, tetapi saya tidak tahu buat masa ini,” ujarnya.

Pada perlawanan pembukaan EPL 2020-2021, Liverpool akan berhadapan dengan pasukan yang baru dipromosikan, Leeds United.

Pertembungan Liverpool dan Leeds bakal berlangsung di Stadium Anfield pada 12 September 2020.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d