Antarabangsa Bola Sepak

Sertai Manchester City-Lah wahai Messi


IMG_20200830_161328

LIONEL Messi disarankan supaya bergabung sahaja bersama Pep Guardiola di Manchester City dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan bekas pelatihnya itu.

Messi sudah memberi isyarat mahu
meninggalkan Barcelona dalam waktu terdekat. Bintang 33 tahun itu telah menyuarakan keinginannya tersebut melalui sepucuk surat yang dikirimkan kepada pengurusan kelab.

Dalam surat tersebut, Messi menegaskan dirinya ingin keluar dari Barcelona dan meminta agar kontraknya yang habis pada 2021 segera diputuskan.

Ada beberapa sebab yang membuatnya mahu angkat kaki dari Camp Nou, bermula dari konflik dalaman Blaugrana hingga merosotnya prestasi kelab asal Catalunya itu yang kemarau gelaran pada musim 2019/2020.

Beberapa kelab besar Eropah disebut-sebut bakal menjadi destinasi baru Messi andai pemenang enam kali Ballon d’Or tersebut serius ingin cabut lari dari Barcelona. Satu nama kelab yang paling kuat dicanang-canang adalah Manchester City.

Kelab asal Manchester itu merupakan pasukan yang dikendalikan oleh Guardiola, bekas jurulatih Messi di Barcelona pada 2008-2012. Ketika itu, di bawah asuhan Guardiola, La Pulga menjelma sebagai pemain terbaik di dunia.

Messi tampil mantap ketika era Guardiola di Barcelona. Menurut statistik Opta, pemain itu mencatatkan gol terbanyak di Barcelona iaitu 211 gol di semua pertandingan.

Oleh kerana itulah, banyak pihak menyarankan agar Messi membuat penggabungan semula bersama Guardiola di Man City. Antaranya, Juan Carlos Unzue, bekas jurulatih penjaga gawang Barcelona.

“Jika dia meninggalkan Barcelona, saya akan gembira jika dia pergi untuk mengenang masa lalu dengan orang-orang yang sudah dia kenal dan telah meraikan kejayaan bersama.

“Saya berharap dia bergabung ke Manchester City. Saya mengatakan ini dengan jujur. Saya yakin keputusannya akan sangat sukar,” kata Unzue kepada Stats Perform News, yang dipetik AS.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading