Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Arsenal juara Perisai Komuniti

IMG_20200830_084934

ARSENAL dinobat sebagai pemenang Perisai Komuniti 2020/21 menerusi kemenangan 5-4 melalui penentuan sepakan penalti ke atas Liverpool, malam tadi.

Beraksi tanpa penonton di Stadium Wembley, The Gunners bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-12.

Liverpool menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Takumi Minamino pada minit ke-73 untuk mengheret saingan ke penentuan sepakan penalti.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut Liverpool seri 1-1 dalam perlawanan Perisai Komuniti dan kalah menerusi penentuan sepakan penalti.

Sementara itu, Aubameyang yang muncul wira Arsenal enggan mengulas lanjut mengenai masa depannya di Emirates.

“Saya rasa hebat. Hari ini kami berhak menang. Kami akan tengok nanti (kontrak baharu), sekarang saya mahu meraikan trofi,” katanya.

Liverpool:

Mohamed Salah – Gol
Fabinho – Gol
Rhian Brewster – Gagal
Takumi Minamino – Gol
Curtis Jones – Gol

Arsenal:

Reiss Nelson – Gol
Maitland-Niles – Gol
Cedric Soares – Gol
David Luiz – Gol
Aubameyang – Gol

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: