Bola Sepak Terkini

Sumareh bernilai RM4juta


 

Sumareh berdepan tindakan dari PBNP ekoran gagal menghadiri latihan bersama pasukan.

MANA-MANA pasukan yang berhasrat mendapatkan tonggak utama Pahang, Mohamadou Sumareh perlulah menebus kontraknya yang dianggarkan bernilai kira-kira RM4 juta memandangan pemain berkenaan masih memiliki baki kontrak  sehingga 2022.

Difahamkan jumlah ini mengambil kira anggaran semasa memandangkan sebelum ini  Pahang juga telah melepaskan pemain pertahanan Tok Gajah,  Matthews Davies untuk menyarung jersi Harimau Selatan pada awal tahun ini .

Melihat kepada persembahan semasa dipamerkan Sumareh yang mendapat jolokan Keli Boy bersama skuad Harimau Malaya, anggaran RM4 juta adalah sangat bersesuaian bakal ditawarkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Secara peribadi Mohammed Suffian memaklumkan Sumareh mungkin dia sudah tiada hati lagi dengan Pahang

 

Bagi Pengurus pasukan Pahang, Datuk  Mohammed Suffian Awang berkata, mana-mana pasukan yang berhasrat mendapatkan khidmat Sumareh perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan memandangkan persatuan pernah berdepan isu seumpama ini.

“Setahu saya sebagai pengurus pasukan belum lagi menerima panggilan atau hasrat pasukan lain untuk mendapatkannya, mungkin pasukan tersebut terus secara peribadi kepada pemain berkenaan.

“Proses sebaiknya pemain berkenaan datang jumpa dengan pengurusan tertinggi Pahang FA, bersemuka dan berbincang dengan baik, kita pernah menyelesaikan perpindahan Matthews Davies sebelum ini dan ia merupakan contoh yang baik.

“Sepatutnya perlu ada perbincangan, jangan lakukan dengan tidak hadir dalam latihan kerana itu menampakkan ketidak profesional sebagai seorang pemain. Ada juga pemain luar negara yang protes tetapi mereka hadir menjalani latihan cuma tidak serius.

“Tidak hadir menjalani latihan ini sangat negatif, kita nak mendidik semua pemain,” jelasnya ditemui selepas menghadiri Kongres FAM ke 56 di Hotel Hilton, sebentar tadi.

Mengulas tindakan yang bakal dikenakan ke atas Sumareh ekoran tidak menjalani latihan bersama pasukan, Mohammed Suffian mengesahkan perkara itu akan dibawa ke pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sebelum nasib pemain itu diputuskan nanti.

“Memang betul Sumareh tidak menghadiri latihan hampir sebulan dan masih juga tidak kelihatan pada hari perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi. Hal ini sudah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi dan kita akan membincangkan mengenai apa jenis tindakan yang bakal diambil nanti.

“Secara peribadinya, mungkin dia sudah tiada hati lagi dengan Pahang tetapi daripada segi hubungan kontrak itu, masih ada. Ketidakhadiran ini akan mengundang tindakan disiplin dan tindakan berikutnya boleh diambil PBNP kerana dia masih lagi pemain Pahang,” tegasnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: