Bola Sepak Semasa Terkini

FAM jangkakan Kejuaraan B19 di tunda

Hamidin bercakap kepada media selepas Kongres Tahunan FAM ke 56 di Petaling Jaya, hari ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjangkakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober ini yang menawarkan tiket ke Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) di Indonesia pada tahun depan kemungkinan ditangguhkan susulan beberapa situasi yang timbul akibat pandemik terbabit.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jika dilihat situasi semasa, pertandingan B-19 itu mungkin akan ditangguhkan sama seperti Piala AFF juga.

“Tahun depan pun masih lagi menjadi tanda tanya kerana kita tidak tahu senarionya bagaimana. Kalau hendak diteruskan juga, kita perlu tahu bahawa COVID-19 ini membabitkan semua negara yang bertanding. Kalau ada sebahagian pasukan tidak dibenarkan keluar oleh kerajaan mereka, mungkin ia tidak boleh diteruskan.

“Apapun, persiapan skuad B-19 dan juga skuad senior kebangsaan sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-56, di Petaling Jaya, hari ini.

Skuad B19 yang dibimbing Brad Maloney sedang mengharungi latihan fasa kedua yang bermula sejak 3 Ogos lalu dan akan berakhir esok sebagai persiapan ke kejohanan terbabit dimana Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Tajikistan, Qatar dan Yaman dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium AGMK, Olmalik.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: