Bola Sepak Semasa

‘Nasib baik tak hilang dua mata’

FB_IMG_1598686569281
Foto kredit : Ikhwan Hashim

KUALA Lumpur nyaris kehilangan dua mata penting ketika menentang UKM FC saingan Liga Premier 2020, malam tadi.

Beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah mencatat kemenangan tipis 2-1 menerusi gol Francis Kone dan Paulo Josue pada setiap babak.

Jurulatihnya, Nidzam Adzha Yusoff lega apabila pemain mengikuti arahan dan merancang menambah gol pada baki pertengahan babak kedua.

“Sekali lagi tahniah buat semua pemain dan kita boleh kekal prestasi dalam lima perlawanan liga. Memang kita rancang tambah gol dan cipta peluang.

“Namun, pihak lawan menyerang kita bertubi-tubi. Kuala Lumpur bernasib baik tak hilang dua mata dan selepas ini kita perlu memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada malam ini,” ujarnya.

Sementara itu, Sulaiman Hussin akui sentuhan penyudah perlu diperbaiki pada perlawanan liga akan datang oleh pemain UKM.

Bagaimanapun, dia tetap memuji anak buahnya yang mendominasi permainan pada babak kedua.

“Hanya penyudah perlu diperbaiki. Kita cipta banyak peluang dan ada peningkatan jika dibandingkan perlawanan dengan Kelantan.

“Banyak kerja rumah saya harus selesaikan. Pada saya inilah bola sepak. Kadang dapat peluang dan gol, dan dapat peluang tapi tak boleh jaringkan gol,” katanya berazam memastikan UKM bangkit aksi akan datang.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: