Antarabangsa Bola Sepak

Bayern turunkan harga jual Thiago


IMG_20200827_110034

JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019-20, Liverpool, dikhabarkan menerima berita baik dalam pemburuan Thiago Alcantara setelah Bayern Munich dikatakan sedia menurunkan harga jualan pemain itu.

Thiago ketika ini masih memiliki kontrak satu musim lagi bersama Bayern dan kelab Bundesliga itu berusaha mempertahankan Thiago.

Mereka menawarkannya kontrak baru namun Thiago berkeras menolak untuk menurunkan tandatangannya dalam kontrak tersebut.

Ini kerana, dia ingin mencari cabaran baru di kelab lain dan Thiago sendiri sudah bermain bersama Die Roten sejak tahun 2013 lagi.

Thiago disebut sudah menetapkan pendiriannya untuk bergabung dengan Liverpool. Namun yang menjadi masalah adalah The Reds masih lagi gagal mencapai kata sepakat dengan Bayern untuk harga jualan pemain berusia 29 tahun tersebut.

Bayern meminta bayaran sebanyak 30 juta pounds. Ada juga khabar lain yang mendakw Thiago akan dijual dengan 36 juta pounds.

Liverpool enggan memenuhi permintaan itu kerana Thiago bukan lagi muda dan kontraknya juga berbaki setahun sahaja.

Lebih merumitkan keadaan apabila Manchester United dan Arsenal sedia membayar harga perpindahan Thiago.

Bagaimanapun, kini ada perkembangan berkaitan masa depan Thiago apabila Bayern sedia menurunkan harga pemain antarabangsa Sepanyol tersebut.

Bayern kini meletakkan harga Thiago hanya 27 juta pound saja seperti dilaporkan The Athletic.

Media tersebut menjelaskan antara alasan Bayern menurunkan harga Thiago adalah kerana tak mahu mengambil risiko pemain itu berhijrah secara percuma.

Thiago telah mengumpul 16 gelaran juara bersama Bayern dengan salah satu trofi yang diraihnya adalah Liga Juara-Juara musim 2019-20.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d