Antarabangsa Bola Sepak

Tangisan Neymar


FB_IMG_1598233152828

PENYERANG handalan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, tidak mampu menahan air mata selepas pasukannya dikalahkan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara musim ini.

Neymar harus pasrah melihat trofi keagungan kelab di Eropah musim ini jatuh ke tangan pasukan lawan setelah pertemuan PSG dan Bayern Munich berakhir dengan keputusan 0-1.

Bertanding di Stadium Da Luz, Lisbon, Portugal, PSG kalah menerusi gol tunggal yang dihasilkan pemain Bayern, Kingsley Coman pada minit ke-59.

Sementara itu, statistik permainan menunjukkan Neymar gagal menghasilkan gol dari tiga percubaan ke sasaran.

Oleh sebab itulah, penyerang asal Brazil ini tak dapat menutupi kekecewaannya.

Ikon skuad kebangsaan Brazil itu pun menangis selepas pertandingan.

Neymar bahkan sempat ditenangkan oleh pemain bek Bayern, David Alaba.

Kegagalan tersebut memanjangkan lagi penantian Neymar untuk menjuarai Liga Juara-Juara bersama jersi PSG.

Sejak beraksi dengan gergasi Paris itu pada 2017, Neymar tak pernah mendapat pingat kejuaraan dari pertandingan Eropah.

Sebelum berkelana ke PSG, Neymar pernah mendakap Liga Juara-Juara bersama Barcelona ketika musim 2014–2015.

Sementara itu, dengan mengalahkan PSG, Bayern secara rasmi meraih trofi keenam mereka di Liga Juara-Juara.

Sebelumnya, Bayern sudah pernah mengangkat trofi berkenaan pada musim 1973-1974, 1974-1975, 1975-1976, 2000-2001, dan 2012-2013.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d