Antarabangsa Bola Sepak

Neuer mula gelisah, tapi kekal positif

IMG_20200823_200916

KURANG enam jam sebelum sepak mula aksi final Liga Juara-Juara 2019, kapten pasukan sekali gus penjaga gawang Bayern Munich, Manuel Neuer mula terasa bahang kehangatan.

Bagaimanapun, Neuer enggan terperangkap dengan psikologi diri sendiri, sebaliknya fokus pada perlawanan awal pagi esok.

“Pasukan kami ketika ini lebih baik jika dibandingkan skuad yang memenangi Liga Juara-Juara 2013,” kata penjaga gol kebangsaan Jerman ini seperti dilaporkan FirstPost.

Di final awal pagi esok, Die Roten akan bersua muka dengan wakil dari Perancis, Paris Saint-Germain.

Mungkin ada yang terlupa, pada final musim 2013 di Wembley, Munich menumbangkan kelab senegara, Borussia Dortmund 2-1.

Kemenangan pada 2013 itu membolehkan Munich meraih tiga gelaran sekaligus iaitu Bundesliga dan Piala Jerman.

Bagaimanapun, skuad 2020 kali ini hanya tinggal empat pemain yang beraksi di final 2013.

Mereka adalah Manuel Neuer, Jerome Boateng, David Alaba dan Thomas Mueller.

Selebihnya, adalah nama baharu yang membuat penampilan untuk Bayern, iaitu Philippe Coutinho, Lucas Hernandez, Benyamin Pavard, Corentin Tolisso dan Niklas Suele.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: