BAYERN Munich menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas meraih kemenangan 1-0 mengatasi juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) di Lisbon, sebentar tadi
Kejayaan kelab Bundesliga itu membolehkan mereka dimahkotakan pasukan terbaik Eropah buat kali keenam dalam sejarah.
Tandukan Kingsley Coman pada minit ke-59 sudah cukup untuk menghadiahkan kekalahan pertama untuk PSG dalam penampilan pertama di final kejohanan berkenaan.
Ini adalah kejuaraan Eropah pertama Bayern selepas 2013, sekali gus membolehkan mereka melengkapkan treble selepas turut menjuarai Bundesliga dan Piala Jerman.
Add Comment