Antarabangsa Bola Sepak

Kylian Mbappe ingin lakar sejarah


IMG_20200823_102722

KYLIAN Mbappe ingin melakar sejarah bersama Paris Saint-Germain (PSG) dengan menjuarai Liga Juara-Juara musim ini.

Mbappe bergabung dengan PSG pada awal musim 2017-2018, tetapi belum pernah merasai nikmat bergelar juara pertandingan peringkat kelab elit di Eropah.

Pada musim pertamanya, langkah Mbappe tersekat pada Pusingan 16 selepas disingkirkan Real Madrid.

Musim berikutnya, perjalanan PSG juga berakhir di Peringkat 16, kali ini tewas kepada Manchester United.

Setelah dua kali menelan kekecewaan, Mbappe akhirnya boleh sedikit tersenyum kerana Les Parisiens telah melangkah lebih jauh pada musim 2019/20.

Untuk rekod, PSG mencapai final Liga Juara-Juara dan ini yang pertama dalam sejarah kelab.

“Saya selalu berkata ingin menulis sejarah bola sepak Perancis. Saya memiliki kesempatan untuk melakukannya esok.

“Ketika saya tiba pada 2017, PSG mengalami kesukaran, sekarang kami berada di final. Itu menunjukkan kami tidak pernah menyerah.

“Akan menjadi perkara yang luar biasa bagi pasukan Perancis untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata Mbappe, seperti dilapor Goal.

PSG akan berdepan gergasi Bundesliga, Bayern Munich dalam perlawanan akhir di Lisbon, awal pagi esok.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading