Bola Sepak Semasa

Dominique lonjak TFC

PENYERANG import Terengganu FC, Mauritania Dominique Da Slyva memastikan pasukan melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas meledak dua gol membenam cabaran Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Pada aksi di Kelana Jaya, pemain import dari Mauritania Dominique Da Slyva, meletakkan skuad Penyu di hadapan pada minit ke-31 menerusi percubaan solo, dari tengah padang.

Kealpaan benteng pertahanan pasukan tuan rumah, jelas dimanfaatkan sepenuhnya oleh Da Slyva yang melakar jaringan peribadi kedua pada minit ke-73, menerusi sepakan lambung, sekali gus mengesahkan tiga mata berharga untuk Terengganu FC.

Ini adalah kemenangan kedua skuad bimbingan Nafuzi Zain dalam kempen Liga Super pada musim ini yang kembali bersambung dengan meraih tujuh mata selepas empat perlawanan (dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Kekalahan skuad bimbingan K Devan pula tidak mengubah kedudukan PJ City FC yang kekal menghuni tangga ke-10 daripada 12 pasukan, dengan pungutan empat mata selepas empat perlawanan (satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan).

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: