Bola Sepak Semasa Terkini

Kelantan benam cabaran UKM FC

Hakimi meledak tiga gol membantu pasukan membenam cabaran UKM FC.

DISEBALIK permasalahan tunggakan gaji dan penarikan diri penaja dalam pasukan, Kelantan membuktikan semangat mereka mengatasi segala-galanya apabila garang membenam UKM FC, 5-1 pada saingan Liga Premier 2020 yang berlangsung di Stadium MP Selayang, sebentar tadi.

Aksi petang ini adalah sambungan aksi terdahulu yang dijadualkan 6 Mac lalu sebelum diberhentikan ekoran keadaan cuaca yang teruk ketika perlawanan UKM FC dan Kelantan FC baru memasuki minit ke 11.

Pada perlawanan petang tadi, Hakimi Abdullah nyata mencuri tumpuan apabila meledak jaringan hatrik sebelum pemain import pelawat, Felix Odili meledak dua gol manakala gol saguhati tuan rumah dijaringkan pemain importnya, Akanni Sunday.

Turun dengan kesebelasan terbaik khususnya Kelantan, pelawat tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila Hakimi meledak gol pertama pada minit ke 27 sebelum Akanni menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama untuk kedudukan 1-1 sebelum kedua pasukan beredar ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, Kelantan yang dibimbing Yusri Che Lah terus membuktikan kesungguhan meraih tiga mata apabila Hakimi yang memakai jersi no 12 meledak gol kedua pada minit ke 53 sebelum Odili meletakkan pasukan selesa dihadapan mendahului 3-1 selang 12 minit kemudian.

The Red Warriors terus membuktikan kerakusan memburu jaringan dan kali ini Odili sekali lagi mencetak gol kedua peribadi dan keempat buat pasukan pada minit ke 80 sebelum Hakimi melengkapkan petang gemilang Kelantan dengan meledak gol ketiga dirinya ketika perlawanan dipenghujung babak kedua.

Tiga mata yang diraih Kelantan menyaksikan mereka melonjak naik ke tangga ke 7 mengumpul empat mata dimana sebelum ini pasukan berkenaan ditolak tiga mata.

 

 

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: