LEGENDA Bayern Munich, Franz Beckenbauer meramalkan pertembungan final Liga Juara-Juara melibatkan PSG dan Die Roten bakal berlangsung sengit.
Tanpa selindung, Beckenbauer bahkan mengatakan, peluang juara bagi kedua-dua pasukan juga seimbang.
“Ini akan menjadi pertandingan yang paling sengit. Saya akan mengatakan kedua-dua pasukan sama-sama memiliki peluang juara 50-50,” ujar Beckenbauer yang dilaporkan dalam laman rasmi kelab Bayern Munich.
Beckenbauer mengakui bahawa Bayern memang perlukan sedikit elemen tuah untuk memenangi pertandingan kali ini.
“Kadang-kadang anda memerlukan sedikit nasib.
“Jika Bayern berjaya mendapatkannya (tuah), mereka akan memenangi pertandingan,” jelasnya.
Bayern memastikan tiket final Liga Juara-Juara setelah menewaskan Olympique Lyon pada peringkat separuh akhir.
Add Comment