Bola Sepak Terkini

Siapa disebalik MFL yang buat keputusan ….


SEBUT sahaja nama Rambo pastinya peminat bola sepak tempatkan khususnya penyokong Ultras Malaya amat mengenali jejaka neutral ini yang sememangnya cintakan bola sepak Malaysia.

Sentiasa bersama Ultras Malaya setiap masa dan ketika apabila Harimau Malaya beraksi di luar negara mahupun di laman sendiri sebelum ini, nama Rambo atau Alfadli Awaluddin mula menarik perhatian khususnya pada hari pertama sepak mula saingan Liga Malaysia 2020 bermula apabila mempersoalkan SIAPA DISEBALIK MFL YANG SELALU BUAT KEPUTUSAN TENTANG PERJALANAN LIGA-M ?

Menerusi paparan dalam Facebook miliknya, Rambo mengajak peminat bolasepak untuk sama-sama berfikir siapakah yang membuat keputusan perjalanan MFL, siapa nama, wajah dan wakil-wakil yang dihantar persatuan setiap kali menghadiri mesyuarat MFL.

“Pernahkan anda semua terfikir siapakah yang ada di sebalik setiap keputusan yang dibuat oleh MFL untuk Liga Malaysia?

“Tahu atau tidak bahawa MFL ini terdiri dari 24 pemegang taruh yang merupakan 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Super & Liga Premier? Jadi siapa 24 orang tu? Apa namanya? Mana wajahnya? Anda kenal atau tidak siapa wakil pasukan anda yang dihantar sebagai pemegang taruh di MFL?

“Pernah tak anda semua bising dan pelik bila ada keputusan-keputusan pelik atau yang anda tak puas hati yang dibuat oleh MFL? Ada tak? Tahukan anda siapa yang buat keputusan tersebut?

“Seringkali kita dengan mensyuarat Kongres MFL, siapakah yang duduk di dalam mesyuarat tersebut? Pernah anda terfikir untuk tahu? Siapakah namanya? Mana wajahnya?

“Di dalam kongres terdiri dari Wakil Pemegang Taruh MFL(bermakna 3 wakil dilantik dari kalangan 24 pemegang taruh yang ada), 3 wakil dari FAM, Presiden MFL & Wakil Bebas

“Jadi siapa mereka ni? Apa nama mereka? Mana wajah mereka yang sering membuat keputusan untuk Liga Malaysia ni? Anda tahu?,” tulisnya dalam Facebook miliknya.

LAMAN WEB TIDAK BERFUNGSI

Laman web MFL yang sehingga kini masih dalam proses penyelenggaraan.

Rambo juga turut mempersoalkan Laman Web MFL yang sehingga kini masih tidak memuatnaik maklumat-maklumat tersebut walaupun savan hari mereka berbicara mengenai nilai juta-juta.

“Sejak dari Mac 2020 malah sebelum itu pun(sejak CEO MFL yang lama) telah diusulkan agar dipaparkan wajah-wajah kesemua 24 pemegang taruh MFL & dari mana mereka untuk tatapan masyarakat bolasepak di Malaysia.

“Supaya kita semua kenal siapakah mereka yang bertanggungjawab terhadap perjalanan liga kita, telah diusulkan juga agar dipaparkan kesemua 10 wajah & dari mana mereka untuk masyarakat bolasepak tahu bahawa segala keputusan yang dibuat adalah dari mereka ini di dalam kongres. Tapi sampai ke hari ni, tiada dipaparkan atau dimuatnaik dengan alasan LAMAN WEB dalam penyelengaraan.

“Ya tuan-tuan & puan-puan, laman web tuan tuan puan puan, berbulan-bulan ambil masa untuk selenggara laman web ya tuan tuan puan puan, jikan laman web pun mengambil masa yang lama untuk diuruskan, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada mereka semua ini untuk menguruskan liga kita tuan tuan puan puan.

“Tak ke SARKIS tu semua tuan tuan puan puan, sembang nilai liga ratus ratus juta, tapi laman web pun tak boleh urus, tak ke lawak tu, apa dia ingat kita ni semua lembu ke?,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d