Antarabangsa Bola Sepak

Neymar buru trofi Liga Juara-Juara, baru fikir Ballon d’Or

IMG_20200822_172826

NEYMAR bertekad menamatkan musim 2019/20 dengan meraih trofi Liga Juara-Juara bersama Paris Saint-Germain (PSG).

PSG akan berdepan aksi final Liga Juara-Juara menentang gergasi Bundesliga, Bayern Munich di Estadio Da Luz pada Isnin ini.

Kata Neymar, menjuarai Liga Juara-Juara bersama PSG boleh membantunya meraih penghargaan individu Ballon d’Or.

Bekas pemain Barcelona itu percaya dirinya juga berpeluang meraih Ballon d’Or selepas penghargaan tersebut kerap didominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam satu dekad.

“Messi dan Ronaldo telah mendominasi Ballon d’Or selama 10 tahun, kerana mereka bukan berasal dari planet ini. Satu penghormatan untuk memenanginya.

“Akan tetapi, itu (Ballon d’Or) datang dari apa yang anda capai di dalam padang dan apa yang anda lakukan untuk membantu kelab meraih kemenangan. Jadi, itulah fokus saya,” kata Neymar dipetik Goal.

Jelas bintang Brazil itu lagi, pertarungan ini akan menjadi kesempatan terbaik baginya untuk mempersembahkan trofi elit Eropah pertama bagi PSG.

“Memenangi Liga Juara-Juara itu itu istimewa. Namun memenanginya bersama PSG akan mengukir sejarah. Itulah tujuan saya datang ke sini,” tegas Neymar.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: