Bola Sepak Semasa Terkini

Tunggu esok

Norizam (kanan) dan Husin (kiri) serta beberapa wakil KAFA bertemu di salah sebuah hotel terkenal di Kota Bharu, hari ini.

PELAN penswastaan pasukan The Red Warriors (TRW) milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman dijangka diketahui esok.

Setiausaha Agungnya, Husin Deraman mengesahkan, keputusan tersebut akan diketahui selepas KAFA dan Norizam atau dikenali Zamsaham duduk semeja bagi mengadakan rundingan pengambilalihan tersebut.

Menurutnya, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan lokasi di ibu negara menjadi pilihan bagi siri ketiga pertemuan itu.

“Esok kita akan jumpa sekali lagi di Kuala Lumpur. Kita boleh tahu keputusan (persetujuan membeli pasukan Kelantan) petang esok.

“Hari ini (pertemuan) lebih kepada briefing (taklimat)….kita mendengar dan kita dah perjelaskan lagi (berkaitan terma dan syarat),” katanya kepada Cakap Sukan.

Hari ini, badan induk bola sepak Kelantan yang diketuai Husin sendiri mengadakan perbincangan tertutup kali kedua bersama usahawan burger dan rangkaian perhotelan daripada selatan tanah air itu di sebuah hotel di Kota Bharu.

Sementara itu, Norizam mengesahkan sememangnya berlaku perbincangan berkenaan namun memberitahu ia sekadar untuk mengenal hati budi lebih dalam antara kedua-dua pihak itu.

Terdahulu, beliau menunjukkan keterujaan tinggi apabila turun padang sendiri menyaksikan sesi latihan skuad kendalian Yusri Che Lah di Pasir Tumbuh, semalam.

“Nampak kesungguhan pasukan nak main (walaupun pemain) tak ada gaji beberapa bulan.

“Harap penyokong doa yang baik-baik agar saya ada jodoh beli pasukan ini,” katanya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: