
HADIAH kemenangan keseluruhan bernilai RM50,000.00 menjadi rebutan 1,200 peserta terdiri daripada 64 pasukan pada kejohanan E-Sports Uni – League 2020 yang akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka, Oktober nanti.
Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka adalah julung kalinya dan yang terbesar pernah diadakan di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) mempertandingkan tujuh kategori dan membabitkan penyertaan pasukan terdiri dari Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi MASUM, Prof Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, kejohanan ini diadakan lanjutan dari pandemik Covid 19 dimana banyak acara-cara yang dirancang sebelum ini tidak dapat dijalankan.
“Pusingan awal kejohanan akan dijalankan secara atas talian manakala 16 pasukan terbaik setiap acara layak ke Grand Final bagi merebut hadiah kemenangan keseluruhan wang tunai berjumlah RM50,000.00.
“Objektif utama adalah untuk menarik minat para pelajar IPT seleuruh negara untuk bergiat dalam bidang E-Sports dimana sebelum ini ada pelajar-pelajar menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjutkan pihak lain,” jelasnya kepada media selepas majlis pelancaran E-Sports Uni – League 2020 di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.
Majlis pelancaran Sports Uni-League 2020 telah disempurnakan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff dan dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff.
Add Comment