Antarabangsa Permotoran

Hafizh terpaksa lupakan hasrat


PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah perlu melupakan hasratnya untuk menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini selepas dia disahkan masih belum cergas sepenuhnya untuk berlumba.

Menerusi kenyataan web yang dikeluarkan pasukan berkenaan, Openbank Aspar Team sebentar tadi,  Hafizh akan cuba berlumba pada GP San Marino 13 September nanti

“Hafizh Syahrin disahkan kurang cergas untuk perlumbaan GP Styria dan dia akan cuba kembali berlumba semula pada GP San Marino (13 September),” ujar kenyataan tersebut yang mengharapkan pelumba berusia 26 tahun itu pulih segera dan meminta peminat untuk terus memberi sokongan kepadanya.

Sebelum ini Hafizh yang  berdepan dengan kemalangan ngeri di litar itu pada GP Austria, Ahad lalu, menyuarakan hasrat untuk kembali ke Litar Red Bull Ring.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d