Bola Sepak Terkini

Luqman selamat mendarat


E333FBB6-7298-456D-B165-7443A7C90313

Luqman bersama Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia ke Belgium, Prisheela Prakas bersama luqman sebaik sahaja luqman tiba di Brussel.

Oleh MOHD. FARIQ

PENYERANG KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan dia semakin bersemangat untuk membuka lebaran baharu dalam karier bersama kelab baharunya yang berpangkalan di Kortrijk, Belgium.

Semalam, Luqman telah berlepas ke Brussel dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan yang dimiliki pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

02A2E896-5B43-451C-B652-C22CC0708AFD

Selepas mengharungi penerbangan yang lebih dari 15 jam itu termasuk transit selama 3 jam di Abu Dhabi, Luqman mengakui keazaman untuk bermain di luar negara semakin membara selepas mendapat kata-kata semangat daripada penumpang.

Jelas lagi pemain berusia 18 tahun itu, dia percaya langkah menyertai KVK adalah satu keputusan cukup tepat dalam membina kariernya.

“Sebaik saya menaiki kapal terbang, saya bertambah semangat untuk bermain di sana.

“Ada segelintir penumpang yang mengenali saya dan mereka telah banyak memberikan kata-kata pembakar semangat serta sokongan kepada saya supaya bermain bagus demi mengharumkan nama Malaysia.

“Itulah sebab mengapa saya menjadi lebih semangat dan kini saya sudah sampai di sini (BELGIUM) dan saya sudah tidak sabar untuk bersama pasukan baharu saya,” katanya sebaik tiba di Brussel, kira-kira jam 7.30 malam (waktu Malaysia) tadi.

93A797C8-2E25-4D4E-BBA0-E2060B57232D

Kedutaan Malaysia di Belgium bersama wakil pasukan KVK telah menyambut kedatangan Luqman dengan menyediakan operasi standard prosedur (SOP) bagi memastikan pemain berusia 18 tahun itu bebas daripada gelaja Covid-19 sebelum dibenarkan berlatih bersama KVK.

Ia mengambil masa sekurang-kurang satu jam dan 30 minit perjalanan dari Brussel ke Kortrijk dan Luqman akan kuarantin di aparment milik kelab KVK selama tempoh lapan hari.

Sejurus daripada itu, Luqman dikehendaki menjalani satu lagi ujian saringan Covid-19 dan jika keputusan negatif Covid-19, Luqman dibenarkan untuk menjalani sesi latihan bersama pasukan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply