JARINGAN dramatik saat akhir Tyler Adams menghantar RB Leipzig ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab.
Menariknya, kejayaan itu hadir hanya selepas pasukan dari Bundesliga itu ditubuhkan kira-kira 11 tahun lepas.
RB Leipzig juga muncul kelab pertama Jerman selain Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang beraksi di fasa empat terakhir kejohanan tertinggi Eropah sejak Schalke melakukannya pada 2010/11.
Selepas tampil buruk pada babak pertama,
Dani Olmo meletakkan Leipzig di depan pada minit ke-50 tetapi Atletico bingkas menyamakan kedudukan menerusi penalti pemain gantian Joao Felix.
Madrid, yang mengejar final ketiga dalam enam tahun terakhir, nampaknya terpaksa berpuas hati pencapaian mereka yang terhenti di suku akhir.
Leipzig akan berdepan juara Perancis, PSG yang dibarisi Neymar dan Kylian Mbappe
pada saingan separuh akhir di Vila Real de Santo Antonio, awal pagi Rabu ini.
Add Comment