Olahraga Terkini

Siapa Olahragawan, Olahragawati UiTM 2019 !


IMG-20200812-WA0045

PUSAT Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UiTM pada esok bermula jam 3 petang, bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin Aras 7, UiTM Shah Alam.

Buat julung kalinya akan disiarkan secara maya melalui UiTM Channel You Tube !

Anugerah tahunan ini adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh para atlet dan pegawai yang telah mengharumkan nama UiTM dalam arena sukan, sama ada diperingkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Disamping itu ia juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar didalam bidang sukan.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim Naib Canselor UiTM.

Sebanyak 15 kategori anugerah bakal diberikan kepada atlet dan pegawai yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam bidang sukan masing-masing sepanjang tahun 2019 yang lalu.

Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Olahragawan, Olahragawati, Anugerah Hall of Fame, Anugerah Emas Universiti, Anugerah Perak Universiti, Anugerah Gangsa Universiti, Anugerah Khas Universiti, Anugerah Sijil Penghargaan, Pasukan Cemerlang, Pengurus Cemerlang, Jurulatih Cemerlang, Tokoh Sukan UiTM dan Tokoh Sukan Alumni, serta penghargaan khas staf.

Pihak jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM telah menerima sebanyak 225 pencalonan dari berbagai kategori yang dipertandingkan.

Pada tahun ini seramai tujuh orang calon olahragawan dan tujuh olahragawanwati telah disenarai pendek bagi merangkul anugerah Olahragawan dan Olahrawagawati UiTM.

Calon olahragawan terdiri daripada Muhammad ‘Aqil Bin Yasmin (olahraga), Anwarul Hafiz Bin Ahmad (ragbi), Syed Akmal Fikri Bin Syed Ali (petanque), Ahmad Azfaruddin Bin Lukman (kayak), Daeng Dhadyry Bin Dahasry (boling padang), Muhammad Ezuan Bin Nasir Khan (menembak), dan Azam Mohd Shidid (orienteering).

Manakala olahragawati pula terdiri daripada Rozliana Binti Mohd Ridwan (ragbi wanita), Nur Ain Nabilah Binti Tarmizi (boling padang), Nurul Farah Alisa Binti Roslan (taekwando), Nur Nabila Bt Azman (catur), Faradiba Binti Tugiman (pencak silat), Aimi Ayuni Bt Azwan (kayak) dan Sharifah Aqilah Farhana Binti Syed Ali (petanque).

Jangan lupa saksikan tayangan secara langsung MAS UiTM 2019 pada esok jam 3 petang.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d