Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Kebangkitan PSG pastikan Atalanta putih mata

IMG_20200813_084248

PARIS Saint-Germain melakar satu lagi detik manis dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah selepas mencatat kemenangan saat akhir ke atas Atalanta, awal pagi tadi.

Juara Perancis itu pada mulanya ketinggalan 1-0 sehingga ke minit ke 90, namun dua gol lewat daripada Marquinhos dan Eric Maxim Choupo-Moting meletakkan mereka ke separuh akhir edisi musim 2019/20.

Kejutan hampir berlaku apabila kelab underdog dari Serie A itu mencemaskan lawan pada babak pertama.

Cumanya, kelebihan gol awal Mario Pasalic gagal dipertahankan.

Pertembungan itu juga menyaksikan Neymar dipilih Pemain Terbaik Perlawanan.

“Satu perlawanan gila, tak masuk akal, sangat sukar untuk menentang lawan. Ia tidak mudah. Neymar juga bermain sangat bagus.

“Saya fikir ketika saya datang ‘kita tidak boleh kalah, kita tidak boleh pulang seperti ini’.

“Saya yakin pada diri dan pasukan,” kata Choupo-Moting kepada BT Sport selepas permainan.

PSG berpeluang mara ke final dengan hanya menanti pemenang antara RB Leipzig atau Atletico Madrid pada pusingan berikutnya.

Cuma, sayang sekali apabila tidak ada peminat di stadium untuk menyaksikan pertandingan yang tidak dapat dilupakan sebentar tadi.

Ia kerana semua perlawanan yang berbaki akan dimainkan tanpa kehadiran penyokong di Lisbon di tengah-tengah wabak Covid-19.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: