NAMPAKNYA sesi kelayakan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguh lagi ke tahun depan.
Keputusan dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas mengambil kira perkembangan semasa membabitkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Terdahulu, FIFA memutuskan aksi kelayakan Piala Dunia akan berlangsung pada Oktober depan berikutan penularan wabak berkenaan.
AFC dalam satu kenyataan hari ini memberitahu tarikh baharu bagi aksi kelayakan itu akan dimaklumkan kelak.
“Bertujuan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan semua pasukan, FIFA dan AFC akan terus bekerjasama memantau keadaan di rantau ini dengan teliti bagi mengenal pasti tarikh baru untuk aksi kelayakan,” kata AFC.
Penundaan itu turut membabitkan aksi Harimau Malaya dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadualkan akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 8 Oktober depan, menentang Vietnam (13 Oktober) dan Thailand (17 November).
Add Comment