Bola Sepak Terkini

Luqman berlepas ke Belgium awal pagi esok


Luqman menerima “simbolik” jersey Belgium dari Pascal.

 

oleh : MOHD. FARIQ

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah menerima visa daripada Duta Belgium di Malaysia, Pascal H Gregoire di kedutaan di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Luqman juga menerima “simbolik” jersey Belgium dari Pascal.

Luqman sebelum ini telah mendapatkan Perakuan Tingkah Laku (Certificate of Good Behaviour) untuk terbang ke Belgium bakal mencatatkan sejarah baharu apabila menjadi pemain Malaysia pertama dan Asia Tenggara keempat yang bermain di Belgium selepas Kawin Thamstachanan (OH Leuven), Nguyen Cong Phuong (Sint Truidense VV) dan Firza Andika (AFC Tubize).

Timbalan Duta Belgium di Malaysia, Matthias Vanheusden turut memberikan sokongan penuh buat Luqman.

 

Pemain berusia 18 tahun itu akan terbang ke Brussel, Belgium pada jam 2 pagi  esok (Khamis)  selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan, KV Kortrijk.

Luqman bakal menggalas harapan besar peminat-peminat Malaysia untuk menyinar di Jupiler League selepas tersenarai dalam pencalonan Golden Boy musim 2019/2020.

Dalam senarai tersebut bersama Luqman adalah antaranya penyerang Borusia Dortmund, Erling Braut Håland, Ansu Fati (Barcelona) dan Phil Foden (Manchester City).

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading