Bola Sepak Semasa Terkini

MKN nilai semula pelaksanaan kejohanan melibatkan kontak fizikal

 

Oleh MOHD. FARIQ

MENTERI Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis ini.

Jelas Ismail Sabri, tujuan mesyuarat itu diadakan bagi meminta pandangan daripada pihak KKM berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 untuk menilai pelaksanaan kejohanan melibatkan kontak fizikal yang dibenarkan bersambung pada 15 Ogos depan.

Katanya lagi, kes kluster Sivagangga yang berlaku di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang antara faktor kuat buat pihaknya mendapatkan saranan daripada pihak KKM bagi memastikan kejohanan kontak fizikal ini bebas daripada wabal Covid-19.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan KKM dan meminta pandangan daripada mereka berdasarkan perkembangan terkini sama ada boleh teruskan kejohanan yang melibatkan kontak fizikal bermula 15 Ogos ini.

“Secara peribadi, saya tidak masalah untuk membenarkan kejohanan kontak fizikal tetapi apa yang berlaku di Perlis dan Kedah telah mendapat perhatian kami dan kami harus mendapatkan saranan daripada KKM dalam pertemuan pada Khamis ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pihak kerajaan hari ini membenarkan sukan kontak fizikal bermula 15 Ogos ini.

Bagaimanapun, pihak kerajaan hanya membenarkan aktiviti kejohanan dan pertandingan yang dibenarkan perlu diadakan tanpa membabitkan penonton dan ia perlu dilangsungkan di peringkat negara sahaja.

Kini status kejohanan seperti Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula pada 26 Ogos ini menjadi tanda tanya selepas menyaksikan berlaku kenaikan statistik pesakit Covid-19 di beberapa kawasan negeri sebelah Utara yang menyaksikan MKN mahu menilai kembali sama ada kejohanan kontak fizikal dibenarkan atau sebaliknya.

Kerajaan sebelum ini juga telah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, takraw serta sukan tempur dan boleh beroperasi bermula 15 Julai lalu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pula telah membenarkan setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk mengadakan perlawanan persahabatan sejak 2 Ogos lalu sebagai persiapan sebelum beraksi di Liga-M pada 26 Ogos ini.

> Info 

Aktiviti/rekreasi fizikal: 15 Julai

Kejohanan fizikal: 15 ogos

MFL buat perlawanan persahabatan : 2 Ogos

MFL buat keputusan Liga Super / Premier bersambung : 26 Ogos

https://www.sinarharian.com.my/article/96075/BERITA/Sukan/Khamis-penentu-status-Liga-M

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: