Antarabangsa Bola Sepak

Impian Tsimikas jadi kenyataan


Tsimikas merupakan pemain pertama dibawa masuk Klopp bagi mengharungi musim 2020/21

PEMAIN pertahanan baharu The Reds, Kostas Tsimikas menyifatkan penyertaannya bersama juara Liga Perdana Inggeris 2019/20 adalah impiannya sejak awal dan kini ia terlaksana.

Secara menjadi sebahagian warga Anfilend, Tsimikas yang beraksi diposisi pertahanan kiri dilihat pembelian terbaik yang dilakukan Jurgen Klopp dengan mengambil kira wang perpindahan selain faktor usia yang baru mencecah umur 24 tahun.

“Sangat gembira dan bangga berada di sini, kelab terbesar di dunia. Adalah suatu kehormatan untuk berada di sini dan saya akan memberikan yang terbaik.

“Saya menontonnya di TV dan selalu menjadi impian saya sejak saya masih kecil untuk bermain di liga ini dan berjaya.

“Sentiasa fokus pada apa yang saya lakukan dan apa yang diinginkan jurulatih, setiap hari bekerja keras dalam latihan, saya dapat berada di tahap tertinggi. Saya mahu mencapai matlamat kami. Untuk memenangi liga sekali lagi dan juga untuk menang Liga Juara-Juara,” ujarnya yang dipetik dalam laman web rasmi The Reds.

Liverpool secara rasmi telah mengumumkan penandatanganan Tsimikas dari Olympiakos dalam perjanjian jangka panjang. Pemain bek kiri Yunani itu telah menyertai kelab dengan kelab dengan bayaran awal yang dilaporkan sebanyak £ 11.75 juta. Pemain berusia 24 tahun itu akan memakai baju No.21 untuk The Reds.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading