Bola Sepak Semasa Terkini

Kekalahan beri pengajaran

 

DUA kekalahan pada aksi persahabatan dalam tempoh tiga hari bukan ukuran dan menjadi keutamaan buat UKM FC malah ia sekurang-kurangnya mendedahkan kepincangan dalam pasukan menjelang sepak mula Liga Malaysia bersambung 26 Ogos nanti.

Lantas bagi pengendalinya, Sulaiman Hussin, tewas 0-3 kepada Selangor dan 1-3 ditangan Kedah perlu dilihat dari segi positif jika dilihat persiapan pasukan yang berlatih bersama dalam tempoh tiga minggu.

“Perlawanan ini mendedahkan kelemahan pasukan, khususnya di bahagian pertahanan selain kegagalan mencipta serta menyudahkan peluang di depan gawang lawan.

“Kami mengambil pendekatan positif dari dua kekalahan ini, bagi saya pemain yang diturunkan walaupun bukan pemain utama selain boleh dianggap bidang terjun mereka memberikan saingan kepada lawan.

“Beberapa pemain utama kami mengalami kecederaan, jadi pemain yang diturunkan pada dua perlawanan ini pada hakikatnya bukanlah posisi sebenar mereka,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan, sebentar tadi.

Mengenai tindakannya mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super, Sulaiman menganggap ia langkah tepat untuk menguji kemampuan pemain dan sebagai jurulatih dia juga banyak belajar dari perlawanan seumpama ini.

“Jujurnya menentang pasukan Liga Super memberikan banyak pengalaman dan pendedahan kepada pemain dan juga saya, biarlah kita tewas dengan pasukan yang lebih hebat dari menang dalam kelompok yang sama.

“Selepas ini kami akan menentang Perak pada 14 Ogos di Ipoh dan jika segalanya berjalan lancar akan kembali bertemu Kedah di Stadium Darul Aman tiga hari kemudian,” jelasny.

UKM FC akan memulakan saingan Liga Malaysia menentang Kelantan FA di Stadium MP Selayang 22 Ogos ini menggantikan perlawanan yang sepatutnya berlangsung 6 Mac lalu ditunda ekoran cuaca buruk di stadium berkenaan.

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: