Antarabangsa Bola Sepak

Mbappe kembali sertai kem latihan PSG


IMG_20200810_103511

PARIS Saint-Germain (PSG) mendapat khabar baik menjelang pertemuan menentang Atalanta di Liga Juara-Juara.

Penyerangnya, Kylian Mbappe sudah kembali berlatih setelah ditimpa kecederaan pergelangan kaki ketika membantu PSG pada aksi final Piala Perancis, 24 Julai lepas.

Kecederaan itu menyebabkan Mbappe diketepikan selama tiga minggu dan berkemungkinan terlepas pertembungan dengan Atalanta awal pagi Khamis ini.

Walaubagaimanapun, PSG tetap membawa Mbappe ke Portugal untuk menghadapi aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel turut berharap perlukan keajaiban agar Mbappe boleh pulih tepat pada waktunya. Dan kini, Mbappe memberi isyarat bahawa kondisinya sudah menunjukkan tanda positif.

Menurut laporan L’Equipe, Mbappe memulakan aktiviti pemanasan sebelum mengambil bahagian dalam sesi latihan hantrai bersama pasukan dan kelihatan nampak cergas sebelum meninggalkan padang latihan.

Mbappe kemudian kembali bergabung dengan rakan-rakannya untuk sesi latihan berikutnya. Dia melakukannya tanpa ada sebarang masalah pada pergelangan kaki kanan.

Pulihnya Mbappe bakal menjadi tonik moral untuk PSG menjelang aksi kalah mati peringkat suku akhir menghadapi Atalanta.

Perlawanan ini akan berlangsung di Estadio da Luz, Lisbon.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading