Antarabangsa Bola Sepak

Kem Atletico positif Covid-19


Screenshot_20200810_082349

BERITA kurang enak melanda kem pasukan Atletico Madrid menjelang suku akhir Liga Juara-Juara.

Dua anggota Los Colchoneros disahkan positif virus Covid-19. Apa !

Atletico akan berangkat ke Lisbon untuk pertemuan dengan Leipzig di Estadio Jose Alvalade, Jumaat ini.

Sebelum bertolak ke ibu kota Portugal itu, seluruh skuad, termasuk pemain dan staf kejurulatihan menjalani swab test, pada Sabtu lepas.

Daripada hasil ujian tersebut, Atletico mendapat hasil yang tidak memuaskan kerana terdapat dua orang yang positif Covid-19. Bagaimanapun, identiti individu itu tidak didedahkan.

Mereka yang terlibat akan menjalani tempoh pengurungan selama tujuh hingga 14 hari sebelum dilakukan ujian kali kedua.

“Hari Sabtu (8 Ogos) kelmarin, semua skuad utama dan pasukan yang terbang ke Lisbon menjalani ujian di Ciudad Deportiva de Majadahonda sebagai sebahagian daripada protokol ditetapkan UEFA untuk beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara.

“Hari ini, diumumkan dua orang telah positif dari ujian itu, yang kini sedang menjalani pengasingan sendiri di rumah mereka dan kami terus melaporkannya kepada kerajaan Sepanyol dan pihak kesihatan Portugal, UEFA, Persekutuan Bola Sepak Sepanyol dan Persekutuan Bola Sepak Portugal.

“Kelab akan berkoordinasi dengan UEFA dan segala perkembangan baru akan diumumkan kepada umum,” ujar kenyataan rasmi Atletico Madrid.

Format aksi suku akhir, separuh akhir dan final akan diadakan secara kalah mati dengan kesemua perlawanan berlangsung di Lisbon, Portugal.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d