Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Penjaring terbanyak bukan sasaran Lewandowski

FB_IMG_1596968781865

WALAUPUN Robert Lewandowski kini sedang menjadi pencetak gol terbanyak dalam satu musim Liga Juara-Juara, namun itu bukan sasaran utamanya.

Lewandowski meledak dua gol ketika Bayern Munich menang 4-1 atas Chelsea pada perlawanan kedua Pusingan 16 di Allianz Arena.

Jaringan itu membolehkan pemain asal Poland itu melakar 13 gol sepanjang kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Peluang Lewandowski untuk menambah golnya di pertandingan tertinggi di Eropah itu cukup besar.

Apatah lagi, Bayern Munich masih meneruskan kemaraan di Liga Juara-Juara dan memastikan tempat di suku akhir

Penyerang 31 tahun itu dicanang-canang bakal memecahkan rekod gol terbanyak dalam satu musim perlawanan tersebut.

Sehingga kini, rekod terbanyak gol yang diciptakan satu pemain dalam semusim Liga Juara-Juara dipegang oleh Cristiano Ronaldo. Bintang Portugal itu secara keseluruhan menghasilkan 17 gol ketika membantu Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara pada 2013/2014.

Ini bermakna, Lewandowski kini hanya kurang empat gol sahaja berbanding dari rekod milik Ronaldo enam tahun lalu.

“Itu bukan target saya. Kami memiliki pertandingan kalah mati yang akan datang dan kami harus bermain sangat baik sebagai sebuah pasukan.

“Benda yang paling penting adalah bermain bagus dan mara ke babak berikutnya. Kami harus menunjukkan sebagai pasukan yang lebih baik untuk mencapai separuh akhir,” kata Lewandowski seperti dipetik dari Omnisport.

Bayern Munich dijadualkan bertemu dengan Barcelona pada peringkat suku di Estadio Da Luz, Portugal, Sabtu ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: