Antarabangsa Bola Sepak

Barcelona boleh jadi raja Eropah


IMG_20200809_145217

KELAB La Liga, Barcelona akan bertemu gergasi Jerman, Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara pada 15 Ogos ini.

Penyerang Barcelona, Luis Suarez menilai pasukannya berpeluang dinobatkan Raja Eropah musim ini sekalipun sedar ancaman Bayern yang mula mempamerkan taring sebenar kejohanan edisi kali ini.

Die Rotan bersahaja menyingkirkan kelab Inggeris, Chelsea dengan agregat besar 7-1 pada Pusingan 16 awal pagi tadi.

“Bayern adalah pasukan yang hebat dan mereka menjadi pilihan untuk memenanginya. Begitulah juga dengan kami,” ujar Suarez kepada El Chiringuito selepas perlawanan Barcelona dan Napoli.

Pertembungan Barcelona dengan Bayern Munich dijadualkan berlangsung di Estadio da Luz, Portugal, Sabtu ini.

Pertandingan ini dilangsungkan tanpa kehadiran penonton susulan dampak pandemi virus Covid-19.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d