Antarabangsa Bola Sepak

Varane minta maaf

Screenshot_20200808_110440

RAPHAEL Varane menjadi sasaran kecaman susulan penyingkiran Real Madrid di Pusingan 16 Liga Juara-Juara musim ini.

Sedar akan tanggungjawabnya itu, Varane tampil menyusun 10 jari tanda meminta maaf kepada peminat Los Blancos.

Ketinggalan 1-2 pada perlawanan pertama, Madrid perlukan kemenangan pada aksi di Etihad.

Sayangnya, bahagian pertahanan mereka melakukan kesilapan mudah dan ia sebagai punca kegagalan pasukan pimpinan Zinedine Zidane ke suku akhir.

“Kekalahan ini adalah disebabkan diri sendiri. Saya harus berfikir seperti itu. Kekalahan itu tanggungjawab saya.

“Kami sudah melakukan persiapan dengan baik untuk itu, tapi kesalahan ini merosakkan semuanya. Saya tidak boleh menjelaskan kenapa boleh terjadi… Ia berlaku dalam bola sepak,” ujar Varane kepada Movistar.

Kata pemain bek asal Perancis itu, dia turut bersedih apa yang terjadi seperti dirasai rakan sepasukan yang lain.

“Saya turut bersedih untuk rakan sepasukan saya. Sampai kedudukan seri 1-1, kami punya peluang untuk layak dan hari ini semuanya tidak berjalan dengan baik.

“Ini jarang terjadi sebelumnya. Anda harus punya karakter kuat untuk boleh bangkit,” kata Varane penuh kesal.

Dua jaringan Raheem Sterling and Gabriel Jesus cukup menghadirkan keceriaan kem The Citizens, gol yang berpunca daripada kesilapan mudah dilakukan Varane.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: