Antarabangsa Bola Sepak Terkini

City singkir Real, Juventus gigit jari


IMG_20200808_080600

MANCHESTER City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menumpaskan pasukan pelawat, Real Madrid 2-1 untuk kemenangan agregat 4-2 di Etihad, awal pagi tadi.

Dua jaringan Raheem Sterling and Gabriel Jesus cukup menghadirkan keceriaan kem The Citizens, gol yang berpunca daripada kesilapan mudah dilakukan Raphael Varane.

Menewaskan pemenang 13 kali Eropah di laman sendiri dan gelanggang lawan, City kini menghampiri Lisbon untuk lapan pasukan terbaik musim ini.

Anak didik Pep Guardiola itu akan melakukan temujanji dengan Olympique Lyonnais, yang layak menerusi peraturan gol tempat lawan menyingkirkan cabaran Juventus pada 15 Ogos depan.

Sementara itu, dua jaringan berganda bintang Portugal, Cristiano Ronaldo gagal membantu Juventus melangkah ke suku akhir edisi kali ini.

Gol awal M Depay pada babak pertama merencatkan langkah Juventus sehingga terpaksa beraksi maksima tidak seperti kebiasaan.

Kekalahan di Eropah itu amat mengecewakan Ronaldo, apatah lagi pada edisi pertama dengan juara Itali tahun lepas, Juventus tersekat di suku akhir kepada Ajax.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading