Bola Sepak

Yakult bantu sukan orang pekak


Pasukan bola sepak orang pekak turut menerima kasut bola terpakai yang disumbang oleh Yakult (M) Sdn Bhd pada majlis itu.

YAKULT (Malaysia) Sdn. Bhd menandatangani perjanjian penajaan bernilai RM16,000 bersama Persatuan Sukan Orang Pekak (MDSA) sekali gusi menandakan permulaan perkongsian jangka panjang kedua-dua pihak itu.

Perjanjian itu dimeterai antara Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak (MDSA), Ong Shin Rue, di Shah Alam.

Dengan perjanjian ini, Yakult secara rasmi diumumkan sebagai Minuman Probiotik Rasmi MDSA bagi tempoh satu tahun.

Selain itu Yakult juga bermurah hati menyumbang 52 pasang but bola sepak terpakai yang diterima daripada Puma Jepun sebagai perjanjian Perjanjian Pengaktifan ASEAN Yakult dengan kelab bola sepak Liga Jepun, Cerezo Osaka.

Hamada berkata, misi utama syarikatnya adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai dan salah satu caranya adalah melalui aktiviti sukan.

“Apabila anda memikirkan minuman probiotik seperti Yakult, anda mungkin tidak mengaitkannya secara automatik dengan sukan, tetapi penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa probiotik sangat penting untuk dimakan semasa anda bersukan atau menjalani aktiviti fizikal yang sukar.

“Ini kerana selepas bersukan, imuniti kita untuk sementara akan lemah dan ini mendedahkan kita kepada risiko selsema. Minum Yakult selepas aktiviti sukan akan meningkatkan daya tahan tubuh dan mengurangkan risiko jangkitan,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Jelas beliau, ini dibuktikan menerusi penyelidikan yang dilakukan Prof Michael Gleeson dari Loughborough University ke atas kumpulan atlet yang menjalani sukan yang sengit latihan.

Menurutnya lagi, satu penyelidikan tempatan yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Mahendran Appukutty dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam baru-baru ini juga mencadangkan pemain bola sepak untuk minum minuman probiotik agar fungsi psikologi menjadi lebih baik dan meningkatkan kesihatan otak selain mengurangkan kegelisahan.

“Sudah tentu, minum Yakult juga membantu meningkatkan fungsi usus kerana kebanyakan orang sudah tahu dan ini telah diakui dalam Akta Makanan dan Peraturan sejak 2017.

“Sebagai Perintis Dunia Probiotik, adalah tanggungjawab Yakult untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan pencernaan yang baik dan imuniti yang kuat, bagaimana mikrobiota usus yang sihat dan seimbang penting dan peranan yang dimainkan oleh faktor pemakanan, terutamanya probiotik,” ujarnya lagi.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d