Antarabangsa Bola Sepak

Norwich nak £20 juta, bukan £10 juta !

IMG_20200807_084713_840

 

LIVERPOOL pada mulanya mahukan khidmat Jamal Lewis yang kini bermain bersama Norwich City.

Namun, permintaan The Reds ditolak mentah-mentah.

Dipetik Guardian, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan sudah membuat penawaran 10 juta poundsterling kepada Norwich untuk membeli Lewis.

Liverpool mahukan Lewis sebagai pengganti pelapis Andrew Robertson. Bek kiri 22 tahun itu disebut-sebut sebagai pemain yang tepat apatah lagi James Milner yang sudah berusia 34 tahun.

Musim lalu, Lewis menjadi nadi utama Norwich. Pemain yang sudah empat musim mewakili The Cannaries itu mempunyai catatan 32 penampilan dan menjaringkan satu gol dalam semua saingan.

Norwich difahamkan meletak tanda harga sebanyak 20 juta poundsterling untuk Lewis !

Liverpool juga telah mengubah sasaran untuk mencari calon pemain lain untuk digabungkan dengan Robertson dan Trent Alexander-Arnold.

1 Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: