GERGASI La Liga, Real Madrid nampaknya akan menghadapi Manchester City saingan Liga Juara-Juara tanpa khidmat Sergio Ramos.
Madrid akan bertandang ke Etihad dalam perlawanan Pusingan 16, awal pagi esok
Los Blancos harus segera menukar defisit gol setelah kalah 1-2 di di laman sendiri.
Kehilangan Ramos akibat mengutip kad merah dinilai Fabio Capello akan membuatkan pasukan Madrid bakal berdepan kesulitan dan satu kerugian besar kepada Zinedine Zidane.
Madrid memiliki catatan terburuk setiap kali beraksi tanpa Ramos di Liga Juara-Juara. Madrid hanya menang satu kali dan lima kali kalah.
“Bolehkah Real Madrid menang? Itu mungkin biasa bagi Real Madrid kerana mereka bermain perlawanan seperti ini. Tekanan akan membantu Real Madrid,” ujar Capello kepada Laureus.com seperti dilapor Marca.
Jelas Capello, mereka merangkul La Liga dengan jayanya namun tetap ada masalah terbesar.
“Tanpa Sergio Ramos, ketika anda perlu bermain bertahan, itu akan sangat sukar.
“Sergio Ramos adalah kapten, pemimpin di bilik persalinan… dia pemimpin atas lapangan. Keperibadian pemain ini benar-benar penting untuk semua pemain,” katanya.
Yang menariknya, ketika ditanya pasukan mana dilabel pilihan untuk mara ke suku akhir, Capello memilih City. Bekas pengurus Madrid itu memberitahu ketiadaan Ramos sebagai faktor kunci pihak lawan.
“Saya fikir dalam dua pertandingan terakhir yang dimainkan sebelum akhir musim, Manchester City dalam prestasi fantastik. Mereka amat berbahaya ketika menyerang,” kata Capello.
Add Comment