Antarabangsa motorsport Semasa

Vinales buru kejuaraan MotoGP Brno

FB_IMG_1596783852097

PENUNGGANG Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales bertekad memenangi kejuaraan MotoGP Czech, minggu ini.

Malah, Vinales ada misi peribadi iaitu mahu memperbaiki catatan sejarah di Brno selepas jarang beraksi baik di sana.

Sejak memulakan debut di MotoGP pada 2015, dia hanya berjaya sekali naik podium di Litar Brno, menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga pada 2017.

Selebihnya, dia sekadar terperosok di kedudukan pertengahan barisan pelumba, dan gagal menghabiskan saingan pada tahun 2015 dan 2018.

Walaubagaimanapun, Viales yakin nasib buruk itu akan berubah. Apatah lagi, musim ini dia memperagakan aksi mantap dengan muncul naib juara dua kali di belakang Fabio Quartararo.

“Kami memulakan kempen perlumbaan kali ini dengan suasana positif. Secara keseluruhan, dua perlumbaan di Jerez berakhir baik, motornya okay, bahkan ketika pada cuaca yang amat panas. Padahal dulu kami sentiasa berdepan kesukaran dalam situasi seperti itu,” kata Maverick Vinales, dipetik dari Crash.

Vinales ketika ini sudah mengumpulkan 40 mata, beza 10 mata berbanding Quartararo yang muncul pendahulu pelumba.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: