Antarabangsa Bola Sepak

Bola lambung punca Roma tersingkir


IMG_20200807_084332

KELAB Itali, AS Roma menelan kekecewaan apabila disingkirkan Sevilla pada Pusingan 16 Liga Europa, awal pagi tadi.

Penyerang AS Roma, Edin Dzeko hilang kata-kata dan akui juara lima kali itu miliki aspek mantap di setiap posisi.

Sepanjang pertandingan, Sevilla tampil menyerang dengan tempo tinggi berbanding Roma berdepan kesulitan keluar dari tekanan.

“Semuanya. Semuanya,” ujar Dzeko kepada Sky Sport Italia ketika ditanya dimana punca silap Roma.

Kata Dzeko, mereka juga gagal menguasai permainan, sejak minit pertama sampai akhir.

“Mereka mengasak kami di setiap kawasan. Mereka mempersiapkan diri dengan lebih baik, bermain lebih baik, dan dalam kondisi yang lebih baik. Semuanyalah.

“Mereka menekan kami, kami ingin mengawal bola dan itu tidak berlaku. Mereka melakukan beberapa hantaran kilat dan kemudian melambung bola ke arah kami,” kata pemain kelahiran Bosnia.

Statistik di laman rasmi UEFA mencatat Sevilla lebih dominan. Mereka unggul dalam penguasaan bola 58 peratus berbanding 42 peratus milik Roma.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d