“SAYA doakan Luqman Hakim boleh berjaya di Eropah seperti Fandi Ahmad dan Lim Teong Kim.
Itu kata-kata semangat yang diterbitkan jurulatih profesional, Raja Isa Raja Akram Shah selepas pemain Selangor itu sah menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
Menurut Raja Isa, langkah diambil Luqman kena pada waktunya kerana dengan usianya yang masih muda sesuai berkelana di luar negara dan boleh menjadi ikon anak muda untuk bercita-cita bergelar pemain bola sepak profesional.
“Sebagai jurulatih professional tempatan di luar negara, saya sangat senang dan bangga dengan kesempatan yang diberikan kepada Luqman Hakim
“Saya doakan dia boleh berjaya seperti apa yang dilakukan oleh Fandi Ahmad sewaktu di Gronigen, Belanda dan Lim Teong Kim bersama Hertha Berlin, Jerman dan Safee Sali di Pelita Jaya serta Arema Indonesia,” katanya ketika dihubungi Cakap Sukan di Indonesia, sebentar tadi.
Raja Isa yang juga pengendali PSPS Riau di Liga Indonesia berharap, Luqman dapat bertahan lama di bumi Eropah.
“Mudah-mudahan Luqman boleh bertahan lama di Eropah beberapa tahun ke depan dan waktu yang sama menyambung pendidikan dalam bidang sains sukan atau pengurusan sukan untuk membentuk karakter contoh pemain profesional generasi baru buat bola sepakpak Malaysia,” ujarnya lagi.
Petang tadi, penyerang sensasi kebangsaan bawah 19 tahun itu akhirnya menandatangani perjanjian dengan KV Kortrijk.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang merupakan salah satu calon anugerah Golden Boy oleh Tuttosport, menandatangani perjanjian lima tahun yang disaksikan oleh pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan, Duta Belgium ke Malaysia Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.
Add Comment