Bola Sepak Semasa Terkini

Maloney mampu tarik nafas lega

PENGENDALI skuad B19 tahun negara, Brad Maloney kini mampu menarik nafas lega selepas dibenarkan menggunakan khidmat penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin walaupun pemain ini kini sah menjadi milik kelab yang berpengakalan di Belgium, KV Kortrijk.

Luqman yang kini menjalani latihan Fasa 2 bersama skuad B19 sebagai persiapan pasukan negara ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19, 2020  di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober nanti sah menandatangani kontrak lima tahun.

Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan berkata, Luqman akan dibenarkan bersama pasukan B19 dan akan menyertai KV Kortrijk minggu hadapan.

“Kita sudah setuju untuk membenarkannya bersama skuad B19 menghadapi kejohanan di Uzbekistan Oktober nanti, kita juga tahu kepentingan bersama pasukan kebangsaan, dia ada di Belgium dalam tempoh sebulan sebelum dia kembali ke Malaysia.

“Selepas itu dia akan terbang semula ke Belgium untuk bersama kelab. Saya telah bersetuju membenarkannya untuk bersama skuad B19,” jelasnya pada sidang media majlis menandatangani perjanjian kontrak yang turut dihadiri Duta Belgium, H E Pascal Gregoire dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: