Bola Sepak Semasa Terkini

Nasib Merah Kuning

FB_IMG_1596685883735

Oleh MOHD. FARIQ

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meramalkan kerja proses baik pulih Stadium Shah Alam dijangka menelan masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum venue berkenaan dibenarkan kembali beroperasi.

Jelas Amirudin, pihak kerajaan negeri telah memberikan kebenaran kepada pihak pengurusan Stadium Shah Alam iaitu Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) Sdn Bhd bagi memulakan kerja baik pulih venue berkenaan sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, Amirudin memberitahu perancangan pelaksanaan projek baik pulih secara teliti Stadium Shah Alam tergendala disebabkan pasca pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Justeru Amirudin berkata, pihak kerajaan negeri harus memastikan kos projek baik pulih stadium tidak membebankan kerajaan Negeri Selangor ketika kewangan kerajaan negeri lebih diperlukan untuk pemulihan dan merangsang ekonomi dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Malah, perancangan awal baik pulih seawal Mac 2020 juga sedikit terjejas disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dan hanya dapat bermula (proses baik pulih) sedikit masa lagi.

“Kerja-kerja baik pulih akan membawa kepada penutupan Stadium Shah Alam sehingga dua tahun iaitu sehingga tahun 2022 bergantung kepada pakej baik pulih yang dipersetujui samada melibatkan kerosakkan kritikal ataupun baikpulih keseluruhan bagi memastikan keboleh-fungsi stadium berada di tahap maksima.

“Kerajaan Negeri dan DEFM Sdn Bhd akan berusaha keras bagi memastikan mercu tanda sukan di Selangor ini mendapat pembelaan sewajarnya apatah lagi Stadium Shah Alam menjadi gelanggang keramat buat pasukan bolasepak kesayangan kita, The Red Giants,” katanya ESKLUSIF kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Stadium Shah Alam yang dibuka pada Julai 1994, Selangor tidak dibenarkan bermain di venue itu oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFl) selepas didapati mengalami kerosakan bumbung yang boleh mengancam keselamatan penonton pada Februari lalu.

Selangor kemudiannya menggunakan venue Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang alternatif ketika menentang Perak buat kali terakhir selepas MFL mengumumkan aksi Selangor dan Perak itu bakal menjadi aksi terakhir domestik di gelangang nasional tersebut di mana pengendali Liga Malaysia itu tidak membenarkan lagi mana-mana pasukan menggunakan Stadium Nasional sebagai venue pilihan kedua pasukan tuan rumah.

Kali terakhir Selangor menggunakan Stadium Shah Alam ketika menentang Bangkok United dalam aksi pra-musim kejohanan Selangor Asia Challenge 2020 pada Januari lalu.

Dalam kempen domestik, kali terakhir Stadium Shah digunakan sebagai pentas final untuk Piala FA 2017 dan Piala Malaysia 2018.

Kali terakhir Stadium Shah Alam ditutup dalam tempoh lama bermula Disember 2015 sehingga Mei 2016 ketika proses baik pulih dengan menanam rumput jenis ‘cow-grass’ selain penambahan penambahan sistem pencahayaan lampu stadium daripada 1,200 lux kepada 2,000 lux.

Dengan pengumuman penutupan sehingga awal tahun 2022, ia bakal menyaksikan penutupan kali ini menjadi paling lama buat Stadium Shah Alam yang memiliki kapasiti 80,000 tempat duduk penonton selepas dibuka pada tahun 1994.

Dalam perkembangan sama, Amirudin mengakui pihak kerajaan negeri memahami rintohan penyokong bola sepak Selangor dengan pengumuman berkenaan tempoh jangka masa panjang proses baik pulih Stadium Shah Alam.

Namun beliau berharap peminat-peminat skuad Gergasi Merah dapat bersabar dalam misi memastikan Stadium Shah Alam dapat kembali beroperasi sedia kala tanpa menimbulkan sebarang masalah yang boleh mengancamkan keselamatan penonton.

“Kami sangat berharap penyokong dapat memahami proses jangka masa panjang ini bagi pihak kerajaan negeri dan DEFM Sdn Bhd bagi memastikan kerja baik pulih Stadium Shah Alam tidak akan menimbulkan isu lagi sebaik dibuka kembali nanti.

“Kami juga berharap bahawa penyokong dan semua pihak lain termasuk yang sudah sebati dengan menggunakan Stadium Shah Alam sebagai upacara sukan selain bola sepak dapat menerima keputusan ini.

“Ini kerana kerajaan negeri Selangor mengakui Stadium Shah Alam telah menjadi saksi banyak sejarah dan kenangan kepada ramai dan sudah tentu kami mahu pastikan yang terbaik semasa proses pemulihan ini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/95352/BERITA/Sukan/Dua-tahun-kerja-baik-pulih

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: