Antarabangsa Bola Sepak

Shakhtar, Copenhagen ke suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Screenshot_20200806_075225

SHAKHTAR Donetsk dan FC Copenhagen mara ke aksi suku akhir Liga Europa 2019/20 apabila mengalahkan lawan masing-masing, awal pagi tadi.

Ia merupakan perlawanan kompetitif pertama pertandingan ini sejak lima bulan lalu yang terhenti gara-gara ancaman virus Covid-19.

Shakhtar membenam kelab Jerman, VfL Wolfsburg menerusi agregat 5-1 hasil kemenangan 3-0 di Kiev sementara Copenhagendi atasi juara Turki, Istanbul Basakshehir 3-0 di laman sendiri, yang sebelum itu tewas 1-0 perlawanan pertama.

Sementara itu, pasukan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United tidak berdepan masalah menundukkan LASK Linz di Old Trafford dengan jaringan 2-1. Aksi pertama, United menang besar 5-0.

Inter Milan berterima kasih kepada Romelo Lukaku dan Cristian Eriksen yang menyumbang gol bagi mengecewakan kelab Sepanyol, Getafe pada aksi yang dilangsungkan di gelanggang berkecuali, Arena AufSchalke-Gelsenkirsen.

Aksi suku akhir nanti akan diadakan di Cologne, Duisburg, Gelsenkirchen serta Duesseldorf, bermain format satu pusingan dan perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 21 Ogos depan di Cologne.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: