Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pemain dilarang tukar jersi !

IMG_20200806_080848

PERTANDINGAN Liga Juara-Juara Eropah 2019/2020 akan kembali bersambung pada awal pagi Sabtu ini.

Namun begitu, setiap pasukan yang beraksi harus mematuhi berapa peraturan baharu sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

Liga Juara-Juara yang berhenti pada Mac lalu pada awalnya terancam akan dibatalkan terus. Tetapi, tetap diteruskan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Perlawanan kedua Pusingan 16 akan melibatkan pertembungan kelab besar seperti Manchester City dan Real Madrid serta Barcelona berdepan Napoli.

Manakala, saingan suku akhir dijangka bermula pada minggu hadapan di gelanggang berkecuali di Lisbon, Portugal, dengan format perlawanan kalah mati.

Selain venue yang berpusat di satu lokasi, ada juga beberapa peraturan baharu yang diterapkan UEFA.

Salah satunya adalah para pemain dilarang bertukar jersi selepas pertandingan, tradisi yang biasanya lazim dilakukan mana-mana pemain bola sepak.

Para pemain dilarang melakukan itu bagi mengelak penularan Covid-19 dan ianya telah dilaksanakan sejak peringkat 16 terakhir. Jika peraturan itu dilanggar, maka pemain yang terlibat akan terlepas baki pertandingan kerana harus menjalani proses kuarantin 12 hari di hotel.

Selain itu, para pemain dan juga staf termasuk jurulatih akan melakukan swab test sebaik tiba di Portugal untuk suku akhir Liga Juara-Juara.

Swab test akan dilakukan dua kali, iaitu sehari sebelum pertandingan dan keputusan akan diketahui enam jam sebelum sepak mula. Jika ada yang positif, maka para pemain akan menjalani tempoh pengasingan selama 14 hari.

Para pemain dan staf juga tidak boleh meninggalkan hotel sesuka hati tanpa izin kebenaran UEFA. Jika diizinkan pun, mereka tidak boleh melakukan kontak dengan orang-orang selain pasukan. Ini kerana pasukan akan ditempatkan di hotel selama 12 hari dan hanya boleh keluar ketika waktu latihan serta pertandingan.

UEFA juga menyediakan satu katil setiap pemain dan mereka tidak boleh tidur dengan rakan sepasukan.

Staf kelab juga wajib mencuci sendiri seluruh kelengkapan pasukan dan tidak boleh meminta bantuan pihak hotel.

Bahkan, para pemilik kelab, staf, pengarah dilarang untuk berada satu hotel dengan pasukan !

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: