Bola Sepak Semasa

Hari bermakna buat Luqman

SELEPAS pelbagai persoalan yang membelenggu hingga dilihat seakan-akan tekanan buat Luqman Hakim Shamsudin berhubung perjalanan karier selaku pemain bola sepak, akhirnya semua ini terlerai apabila dia akan menandatangani kontrak secara rasmi bersama KV Kortrijk di ibu negara dan akan turut disertai pemilik kelab Belgium itu, Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi jemputan yang dihantar, pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan akan hadir dan duta besar Belgium, Pascal Gregoire sebagai tetamu kehormat,

“Akan diadakan majlis menandatangani kontrak antara penyerang bawah 19 (B-19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin dan kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk untuk memulakan karier profesionalnya di Eropah,” ujar kenyataan tersebut.

Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu, Disember tahun lalu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: