Bola Sepak Semasa Terkini

Kemelut gaji pemain Kedah dijangka selesai

Muhammad Sanusi mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif KFA kali ke-8 Penggal 2018-2022 yang diadakan di The Jerai Hotel, Alor Setar, malam tadi.

ISU tunggakan yang membelenggu barisan pemain Kedah semakin menampakkan jalan penyelesaian apabila Persatuan Bolasepak Kedah  (KFA) bertindak akan menyelesaikan tunggakan gaji Mac sebelum 15 Ogos 2020.

Menerusi kenyataan media, Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor, KFA mengambil tindakan drastik bagi mengatasi bebanan hutang yang dialami KFA sejak September 2019 dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kewangan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji empat bulan pemain-pemainya.

“Tunggakan bagi Mac 2020 akan diselesaikan sebelum 15 Ogos 2020 manakala tunggakan April, Mei, Jun dan Julai 2020 akan dimaklumkan selepas rundingan dilakukan dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa Khas Kewangan yang ditugaskan mencari penyelesaian tunggakan itu juga akan mencari kaedah terbaik dalam ‘situasi menang-menang’ pihak persatuan dan pemain memandangkan Liga Super musim 2020 akan bersambung 26 Ogos ini.

“Jawatankuasa Khas Kewangan yang ditubuhkan ini juga akan berfungsi untuk mendapatkan penajaan baharu. KFA kini memerlukan minimum RM25 juta untuk melengkapkan operasi dan pengurusan pasukan musim 2020,” ujarnya.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan isu berkaitan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang setakat ini berjumlah RM3.8 juta dan perlu diselesaikan segera dan pelantikan Setiausaha Kehormat dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

“Mesyuarat bersetuju mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Kehormat KFA dengan melantik Exco Belia dan Sukan Kedah Firdaus Ahmad, manakala Zulkifli Che Haron sebagai CEO dan melantik Mohd Noor Mohd Amin sebagai Bendahari,” tegasnya.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: