Hoki Semasa Terkini

Arul naik pangkat

Arul dilantik selaku ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan bagi tempoh dua tahun.

KETUA Penolong Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan,  Arul Selvaraj dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu menggantikan Roelant Oltmans selepas kontrak Roelant bersama KHM ditamatkan menerusi persetujuan kedua-dua pihak.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Subahan Kamal berkata, keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan kali kelima untuk melantik Arul Selvaraj sebagai Ketua Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Kebangsaan berkuatkuasa serta merta bagi tempoh dua tahun.

“Sebelum ini KHM telah mengumumkan bahawa Arul Selvaraj diserap masuk ke dalam struktur kejurulatihan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan sebagai Ketua Penolong Jurulatih yang akan berkuatkuasa 15 Ogos ini namun beliau akan hadir pada tarikh yang sama dengan jawatan yang berbeza iaitu sebagai Ketua Jurulatih.

“Hari ini juga selepas Jawatankuasa Kejurulatihan bermesyuarat, kami secara rasminya melantik Arul Selvaraj sebagai Ketua Jurulatih Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang baru berkuatkuasa serta merta. Namun Arul akan memulakan tugasnya pada 15 Ogos ini selepas beliau menamatkan tempoh kuarantin wajib selepas tiba di Malaysia daripada Dublin.

“Sementara menanti kehadiran Arul Selvaraj daripada Dublin, Ireland, tanggungjawab untuk meneruskan sesi latihan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan akan digalas oleh Penolong Jurulatih, Muhammad Amin Rahim bersama Nasihin Nubli Ibrahim,” ujarnya pada sidang media di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Subahan turut memaklumkan, Arul diberikan kontrak dua tahun dan beliau akan mempersiapkan pasukan untuk kejohanan- kejohanan yang akan datang.

“Dia (Arul) akan diberikan peluang untuk memilih pemain yang beliau rasakan perlu untuk berada di dalam pasukan kebangsaan, dengan penganjuran Piala Tun Abdul Razak pada tahun ini, di mana kami telah membenarkan semua pemain kebangsaan untuk mewakili negeri masing-masing.

“Kejohanan tersebut juga akan digunakan oleh Arul serta barisan kejurulatihannya untuk memilih pemain yang beliau rasakan patut berada di dalam skuad kebangsaan,” ujar Subahan yang mewakili KHM mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan atas jasa Roelant Oltmans sepanjang dua tahun berkhidmat.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: