Bola Sepak

Syafik mampu menyinar


Syafik (8) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan sebagai persiapan menghadapi PJFC pada 22 Ogos nanti.

KETIADAAN pemain import Terengganu FC, Faris Ramli yang kini masih dalam proses kemasukan ke Malaysia membuka ruang buat pemain muda, Syafik Ismail untuk berada dalam kesebelasan utama menjelang saingan Liga Malaysia 2020.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, Syafik berpeluang besar untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior di dalam aksi Liga Super musim ini berdasarkan komitmen tinggi dan mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang sesi latihan menjelang Liga Malaysia yang akan berlangsung.

“Pemain yang baru memasuki umur 20 tahun ini sememangnya antara pemain yang ingin diketengahkan oleh kami dan jika dilihat dengan usaha dan komitmen pemain ini untuk merebut tempat bersama pemain senior, ianya tidak mustahil pemain ini dapat membuat debut dalam masa terdekat.

“Pemain yang boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri ini mempunyai teknik gelecekan serta kelajuan yang sangat baik. Ianya memberikan ruang dan pilihan yang lebih buat pasukan yang pada ketika ini mempunyai juga Rahmat Makasuf, D.Saarvindran, Faris Ramli, Faiz Nasir dan beberapa orang pemain lagi.

“Tambahan pula pemain import TFC, Faris Ramli yang pada ketika ini masih dalam proses kemasukan ke Malaysia dan menunggu kelulusan urusan berkenaan VISA beliau ke negara ini.

“Ianya dilihat peluang buat Syafik dalam usaha beliau untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan sekaligus mendapatkan debut beliau bersama skuad senior,” ujarnya dipetik melalui FB Terengganu Football Club, sebentar tadi.

Walaupun saingan Liga Malaysia dijangka bermula 26 Ogos namun skuad bimbingan Nafuzi akan memulakan aksi terlebih dahulu menentang Petaling Jaya FC, pada 22 Ogos di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ekoran penundaan perlawanan sebelum ini.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d